JULAI 2022

Sarawak Kongsi Maklumat Pengiktirafan Tapak Warisan Dunia Di New York


KUCHING: Sarawak berkongsi maklumat inisiatif pengiktirafan Tapak Warisan Dunia dan Global Geoparknya dengan Jabatan Perancangan Bandar New York di Amerika Syarikat.

Timbalan Premier Sarawak yang juga Menteri Sumber Asli dan Pembangunan Bandar II, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkongsi maklumat itu ketika mengetuai rombongan lawatan rasmi ke New York. Turut diadakan taklimat serta perbincangan teknikal dengan jabatan terbabit Khamis lalu.

Menurutnya, antara inisiatif Kerajaan Sarawak dalam pengiktirafan antarabangsa di bawah Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) adalah Taman Negara Mulu dan Taman Negara Niah yang akan disenaraikan sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO.

Manakala, Sarawak Delta Geopark mendapat pengiktirafan sebagai UNESCO Global Geopark dan merupakan keenam di Malaysia baharu-baharu ini.

Beliau menjelaskan, kementeriannya kini bekerjasama dengan Program Pembangunan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNDP) dalam penyediaan Pelan Induk Biodiversiti Sarawak di peringkat pelaksanaan dan Dasar Pembangunan Bandar Negeri yang dalam penilaian kertas cadangan.

Sementara itu, Pengarah Perancangan Iklim dan Kemampanan dari Jabatan Perancang Pembangunan Bandar, New York City, Michael Marella berkongsi ilmu, pengalaman, garis panduan dan polisi jabatan terbabit dalam mengurus tadbir bandar dengan rombongan itu. 

Ini dari aspek proses perancangan, pengezonan guna tanah, termasuk di kawasan pesisir pantai, tebingan sungai dan pembaharuan bandar bandar sekitar New York. 

Sumber dari : Jiwa Bakti